Assalamualaikum,cintaku...

Assalamualaikum,semua!!! HAi....korang apa khabar? Sihat ke? Saya harap korang sihat jer. Terima kasih saya ucapkan kepada sape2 yang baca/terbaca blog saya ini. Maaf yer kerana ianya terlalu ringkas. Huhuhu....1st time lah katakan. Di sini,saya ingin meluahkan,memberi pendapat dan macam2 lagi tentang CINTA dalam hidup saya. Ikutilah dengan selanjutnya di blog saya. Syukran jazilan.... ;D

Rabu, 8 Ogos 2012

Aku Sayang Kamu Selamanya!!!

KAU LUKAKAN HATI KU, NAMUN AKU MASIH TERSENYUM KERANA LUKA ITU ADALAH UKIRAN NAMA MU. SEKETIKA KAU TINGGALKAN AKU, RUPA-RUPANYA KAU INGIN AJARKAN AKU ERTI RINDU, KAU MARAHI AKU... TAPI SEBALIKNYA KEMARAHAN ITU TERSINGKAP SELAUTAN SAYANG UNTUK KU...



# saya ambik kata-kata ini daripada someone yang saya sayang... #

Hargai Kurniaan ALLAH~

TANGAN...Ku ligat menulis namamu...

OTAK...Ku ligat berfungsi mengingatimu...

BIBIR...Ku tidak pernah jemu menyebut namamu...

TELINGA...Ku resah tidak dapat mendengar suaramu...

MATA...Ku sentiasa menatap wajahmu...

KAKI...Ku terasa ingin mengorak langkah untuk berjumpamu...

HATI...Ku berbicara menyayangimu sepenuh hatiku...



p/s : aku bersyukur kepada ALLAH Taala sebab mengurniakan anugerah ini semua kepada aku. Sesungguhnya aku hanya INSAN BIASA. nukilanku ~YAA

InSpirAsi CiNtAku...

CiNtAku BuKaN HaNYa Di BiBIr TetApi CiNtAku AdA Di Hati KerAnA itULah YaNG Di NamAkAn CINTA SEJATI.



Apa itu CINTA???

Cinta...apa itu erti cinta sebenar? Ada apa dengan cinta? Siapa yang memberi kita cinta? Cinta tidak dapat di huraikan dengan kata-kata tetapi ia boleh di huraikan dengan hati kita. Itulah cinta sebenar. Orang cakap,cinta itu buta... Betul ke cinta itu buta? Huhuhu...memang lah buta sebab dia tidak ada mata. Jangan marah,gurau saja. Cinta itu tidak buta sebab ia anugerah daripada ALLAH Taala. DIA yang mengurniakan kita sebuah cinta tetapi kita yang salah dengan mentafsir apa itu erti 'CINTA'. Jadi,kita lah yang buta.... Buta hati. Hehehe... Kadang-kadang kita tidak pernah hargai cinta yang ALLAH berikan kepada kita. Jadi,hargailah cinta yang ALLAH berikan kepada kita. Dan carilah apa itu erti cinta yang sebenar. Jadi,hargailah cinta kita!!! Cinta kerana ALLAH Taala.... Itu cinta sebenar. Cinta itu indah? Ya,cinta itu indah jika kita jaga cinta kita dengan iman yang betul. Kita membetulkan maksud cinta itu. Cinta ibarat baju,bila nak...kita pakai tetapi bila dah busuk,kita campak. Itulah cinta yang di lakukan oleh anak remaja sekarang sehingga berlakunya zina. Bila zina berleluasa,lahirlah anak luar nikah. Zaman sekarang dah jadi kembali macam zaman jahiliah. Buang anak dan lain-lain lagi. Kita sebagai umat islam yang sejati,haruslah menjaga maruah ISLAM….ALLAHUAKBAR(3X)!!! Nauzubillah……. ^_^


# ini sajer yang dapat saya kongsi kepada korang semua.#

created by : insan biasa

Selasa, 7 Ogos 2012

Aku Inginkan Cinta Dari MU,Ya ALLAH...


"Ya Tuhanku,aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku tidak sanggup menanggung seksa nerakaMu...Dari itu kurniakan lah ampunan kepada aku. Ampunkan lah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

.....Ya ALLAH,Kau peliharakanlah imanku daripada godaan syaitan yang direjam.
Ya ALLAH,Kau ampunilah dosa-dosa hambaMu ini terhadap kedua ibubapa ku dan muslimin muslimat di atas bumi Mu ini.
Ya ALLAH,hapuskanlah dosa hambaMu yang lemah ini. Engkau berikanlah kekuatan kepadaku,Ya ALLAH.
Ya ALLAH,Kau lindungilah aku...
Ya ALLAH,Kau berikanlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Ya ALLAH,Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar,jalan yang di redhai oleh Mu,Ya ALLAH.....
Kau makbulkan lah doaku,Ya ALLAH.....
Bukakanlah pintu taubat untuk hambaMu ini,Ya ALLAH.
Sesungguhnya aku insan yang kerdil....yang tidak lari daripada kesalahan di atas muka bumi Mu ini.
Aku mohon perlindungan dariMu....
Ampunilah dosa-dosaku,Ya ALLAH.....
Aku mengharap padaMu,Ya ALLAH.....
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta 
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat luka damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Gadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
Cinta ayahbonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara bangsa beradat hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan


p/s : saya suka sangat dengar lagu nih....lirik dia pun agak menarik. Jadikan ia satu peringatan!!!! ;D